Nama diberi oleh kedua orang tua saya SYAHIRAH BT MOH SAHARDI. Saya berumur 19 tahun. Saya merupakan pelajar sem 3 diploma english communication di Kolej Profesional Mara Indera Mahkota, Kuantan, Pahang. Saya berasal dari Pasir Mas, Kelantan.
KELAB KESIHATAN DAN KECERGASAN
Monday, 31 May 2021
REFLEKSI KENDIRI
Assalamualaikum dan selamat sejahtera saya ucapkan kepada semua. Pertama sekalinya, saya ingin berterima kasih kepada pihak Kolej Profesional Mara Indera Mahkota kerana telah menyediakan subjek KOQ 1051 kepada kami semua pelajar Diploma in English Communication semester 3. Terima kasih juga kepada pensyarah saya, Suriawati Binti Mohammad kerana sentiasa memberi tunjuk ajar kepada saya sepanjang pembelajaran. Melalui subjek ini saya telah belajar banyak benda penting dalam kehidupan saya terutamanya mengenai kesihatan dan kecergasan yang pada masa kini ramai orang memandang rendah terhadap kesihatan dalam kehidupan. Oleh itu, dengan adanya sesi pembelajaran dengan cara membuat poster dan video membuatkan saya lebih faham mengenai pembelajaran yang saya belajar. Sepanjang proses dalam pembuatan poster saya yang bertajuk keselamatan tali pinggang, saya dapat menambah pengetahuan saya lagi dalam kepentingan dan denda yang dikenakan akibat tidak memakai tali pinggang. Sepanjang proses pembentangan poster, saya juga dapat menambah ilmu pengetahuan dengan melihat pembentangan poster daripada rakan saya mengenai gejala vandalisma, amalan kitar semula, gejala dadah dan banyak lagi. Memandangkan satu tajuk untuk satu pelajar jadi terdapat banyak tajuk saya daya dapat belajar sebagai ilmu pengetahuan dalam kehidupan. Dalam proses pembuatan poster juga saya dapat menambah pengetahuan dalam cara untuk membuat dan mengedit poster. Seterusnya, untuk sesi pembuatan video saya telah memilih tajuk nutrisi untuk penurunan berat badan dan telah menghasilkan video contoh makanan untuk peneurunan berat badan iatu wrap. Dalam proses ini saya telah dapat mengetahui apa nutrisi yang penting yang perlu diambil dalam proses penurunan berat badan. Saya juga telah belajar cara penghasilan video dengan lebih baik. Semasa proses pembentangan video, saya dapat lihat pelbagai video yang menarik daripada rakanrakan saya dan dalam pada masa yang sama mengetahui pelbagai info yang menarik seperti cyberbully, langkah penjagaan muka, senaman ringkas yang dapat dilakukan di rumah atau di pejabat dan banyak lagi yang saya boleh praktikkan dalam kehidupan saya. Akhir sekali, saya berharap agar pihak kolej dapat meneruskan lagi subjek ini di masa hadapan kerana ianya dapat memberi banyak faedah kepada pelajar. Sekian daripada saya, terima kasih
Saturday, 29 May 2021
VIDEO KESIHATAN
TAJUK: MAKANAN SIHAT UNTUK PENURUNAN BERAT BADAN
Ramai yang di luar sana yang ingin menurunkan berat badan dan mempunyai badan yang sihat serta berat badan yang ideal tetapi mereka tidak tahu cara yang betul untuk menurunkan berat badan. Untuk menurunkan berat badan kita mestilah mengambil makanan yang mempunyai nutrisi yang seimbang. Jadi di video ini saya berkongsikan dengan anda semua satu menu makanan yang sihat yang mempunyai nutrisi yang cukup lengkap iaitu wrap. SELAMAT MENONTON
POSTER
Untuk tugas memebuat poster, saya telah memilih untuk membuat poster mengenai Kepentingan Tali Pinggang Kaledar. Masih ramai yang memanadang remeh terhadap kegunaan tali pinggang keledar. Dengan memakai tali pinggang keledar, kita dapat mengelakkan banyak kemalangan yang kita tidak dapat jangka.
PENGENALAN DIRI
Nama diberi oleh kedua orang tua saya SYAHIRAH BT MOH SAHARDI. Saya berumur 19 tahun. Saya merupakan pelajar sem 3 diploma english communic...








